:: EURO Punye Pasal ^_^ ::

 
 
  • Asallamulaikum, entry nie nak hilangkan rasa mengantuk ^_^ mlm tadi tengok EURO 2012!! Asyik berjaga je dari hari pertama EURO mula, rasa dah masuk bulan puasa lah pula, kekekke!! malam nie ada matche best, England vs France!! xboleh lepas punye!! ingat nak tengok ngan kawan2 lepak kat warung je malam nie biar meriah sikit, kekeke!! 


  • Ada sesiapa nak join jom lah, ramai2 lagi kita menyemarakan kehangatan EURO!! t aku belanja korg minum ^_^ lau tengok kat rumah xbest sangat, sorg2 je dok depan TV, kadang2 leh terlelap gak dok atas sofa, kekeke!!


  • Hari nie nasiblah xda kerja sangat, leh gak melelap mata kejap buat bekalan untuk malam nanti, kekeke!! para rakan setugas yang lain pun banyak yang memerah biji mate, miahahaha!! terutamanya yg lelaki ~_~ lau yg perempuan yang dah kawen tu tau lah kte napa dia ngantok, ngehh3!! lau yang masih single tu tah lah napa ngantok gak.


  • Ingat tau member2, mlm nie kat warung!! roger2 je aku ye!! t aku belanje lau France menang, kekeke!! oklah, aku nak g lunch dulu, perkene coffie kaw nie mmg best tgh hari cam nie!! biar segar sikit biji mate nie ^_^

:: Rindu Milik’mu ::

Bellie Zulkarnain

Rindu yang bertandang dikamar kalbu
Ada sendu yang berlagu pilu
Berkait benang resah
Bersulam benang gelisah
Terpendam kasih yang sepi
Tak punya siapa teman bicara

Rindu yang bertandang dikamar kalbu
Ada cinta yang terbit pada rimanya
Berlagu pada puisi dalam melodi hati
Tanpa suara tanpa nada
Sekadar keluh kesah nan gelisah
Dari lara sebuah duka

Kau selalu setia disitu
Walau siapa yang bertandang
Walau apa gelora yang datang
Tidak membezakanku disisimu
Masih aku begitu dimatamu
Masih aku begitu dijiwamu
Masih aku begitu difikiranmu
Aku tetap aku dalam hidupmu
Tanpa jemu kau selalu menunggu
Tanpa bosan kau selalu melayan
Tanpa pernah marah dengan semua karenah
Disisimu kau tetap terima aku begitu

Seandai rindu itu bisa berlagu
Ingin ku lagukan pada bayu
Agar mengetuk jendela hatimu selalu
Mengarang sejuta kalimah dari awan
Agar terbentang dilaman mega
Seluruh bahasa perasaan
Dan kamu mudah tahu
Saat hatimu merindu
Hatiku juga merasakanya

Dari bahasa hati ini
Ku mahu kau mengerti
Apa jua kata-kata mewakilinya
Hanya hati yang mudah berbicara
Tak perlu diungkap semua bahasa
Dan kita sama merasa
Makna rindu dihujung tinta
Yang tercipta antara kita

:: Hanya Engkau ::

 
 
 
kau bangunkan aku dari lena panjang
dari mimpi-mimpi malam
buatku tertawa setiap hari
walau tawaku tak seindah tawamu

 
kau cincin emas yang terhempas ke bumi hatiku
siapalah aku tanpa dirimu
hanya wayang bisu tanpa dalang
tanpa denting irama

 
andai kau pergi juwita hati
mana mungkin damai hatiku
ibarat padang kurusetra
tapi tanpa pandawa

 
ini kisah cinta tanpa puisi
bukan sastera hanya roman picisan
ini lagu cinta tanpa lirik
nyanyian padang rumput hatiku

 
kuingin kau mengerti
kujatuh cinta padamu
karena kau adalah pujaanku
karena kau dewi sinta bagiku
 

:: Rinduku Mengetuk Pintu Hatimu ::

hoNey
Hingga kini
Cintamu masih tersimpan
Di pelusuk jiwa
Di penjuru hati..

Seandainya ada perasaan
Malu dan segan
Hulurlah cintamu
Pada gerimis malam
Agar mampu terbias Di jendela naluri..

Seandainya ada gerimis malam
Yang menempias
Di jendela kamarmu
Itulah tempias rinduku
Yang mengetuk pintu hatimu honey..

Seandainya …
Tiada kemampuan darimu
Hanyutkanlah ia
Bersama kegelisahan
Bersama kesangsian
Aku akan menunggu
Dan ku tetap menunggu……

:: Mencari yang kini telah aku Temui ::


Terkadang..
Kau lelah mencari..
Ke sana, ke sini puas mencari..
Mencari yang belum pasti..

Usah gusar..
Biarpun lelah, tabahkan hati..
Teruskan berlari, teruskan mencari..
Sehingga bertemu yang kau hajati..

Setibanya di destinasi..
Nescaya langkahmu terhenti sendiri..
Tak perlu lagi kau cari..
Semuanya sudah tersaji..

Tika bertemu si dia untukmu..
Titipkan sedikit cinta kedalam hati..
Usah usai, hidupkan kembali..
Hati yang dulunya mati..

Saat itu..
Bersatunya dua jiwa..
Dua jiwa yang dulunya sepi..
Kini berbunga kembali..


:: Melukis Pelangi ::

"Love Forever
Bila…
Langit biru yang pernah kau renung
Bertukar menjadi serak-serak jingga

Sedarilah,
Biarpun waktu berubah menjadi tahun demi tahun
Aku masih mahu langit kita menjadi kanvas cinta
Adakala seputih warna awan
Biar segar dan bugar
Adakala segelap dilangit hujan
Atau terik mentari membakar
Atau menderang sesinar bulan dan bintang
Kau masih diingatan

Aku mahu kau melihat pelangi
Walau hilang satu warna hidupmu
Masih ada warna-warna lain menyinari
Dan warna itu pasti menemani
Mengganti harapan yang sirna dalam mimpi
Berpeganglah pada paksi cinta yang kau cintai
Pasti apa jua warna yang kau miliki
Pasti terangi hati
Terangi mimpi

Peluklah cintamu ini
Berikanlah warna-warna yang kau impi
Biar bernafas dengan bugarnya kasih
Kan kau jadikan degupnya sebagai mentera
Untuk ku bawa hingga pelusuk benua
Agar esok bila langkahku mulai lelah
Cintamu masih mampu membangunkan semula
Semangat jiwaku yang pernah rebah
Melukiskan semula kanvas kehidupan dengan pesona
Untuk ku warnakan dengan seribu kata pujangga
Ilham dari jiwa

Demi kita
Demi cinta
Demi bahagia
Sesempurna takdirNya

:: Kehidupan Adam, Hawa di bumi ::

AKA diperdaya kedua-duanya oleh syaitan sehingga dikeluarkan mereka daripada kesenangan yang didapati. Kami berkata: “Berangkatlah kamu sekelian! Antara kamu dengan yang lain bermusuh-musuhan. Dan bagi kamu tempat kediaman di atas bumi. Di sanalah tempat kesenanganmu sehingga mati. (al-Baqarah: 36)

NABI Adam dan isterinya Hawa sangat sedih dengan keadaan mereka di bumi, kerana kehidupan di bumi sangat berbeza dengan di syurga. Di syurga terdapat bermacam-macam buah-buahan dengan pelbagai bentuk dan warna, di samping rasanya yang enak dan lazat. Baunya juga sungguh harum dan membuka selera.

Sedangkan di bumi, tidak semua buah-buahan boleh dimakan. Ada yang pahit, masin, masam, tawar, dan ada pula yang enak, manis serta lazat. Begitu juga dengan air yang hendak diminum, bukan semuanya boleh diminum.

Tahulah Nabi Adam dan isterinya bahawa kehidupan di bumi ini setiap saat atau detik penuh dengan perjuangan. Setiap saat mereka harus memeras otak, tenaga dan keringat demi untuk meneruskan kehidupan di bumi Allah yang terbentang luas ini.

Begitulah keadaan Adam dan Hawa setiap hari. Apabila berasa lapar, terpaksalah mereka keluar mencari air dan buah-buahan di dalam hutan.

Perasaan takut terhadap binatang buas yang sentiasa mengancam mereka, terpaksa dihadapi dengan semangat yang kuat. Akan tetapi, segala penderitaan seperti rasa dahaga, lapar, bahaya binatang buas dan lain-lain telah menggerakkan akal dan fikiran Adam dan Hawa tentang cara bagaimana mereka dapat melepaskan diri daripada penderitaan-penderitaan itu.

Dengan akal yang dikurniakan oleh Allah itu, timbullah di fikiran mereka untuk menanam pokok buah-buahan yang lazat dan enak rasanya di sekitar gua, tempat tinggal mereka.

Tujuannya untuk menghindarkan diri daripada bahaya binatang-binatang buas di dalam hutan ketika mereka keluar mencari buah-buah hutan untuk dimakan.

Dengan menggunakan dahan-dahan kayu, Adam dan Hawa pun menebas pokok-pokok dan rumput-rumput di sekitar gua itu. Kawasan di sekitar gua itu dilapangkan untuk menanam pokok buah-buahan yang boleh dimakan.

Baginda pun memerah tenaga dan kudratnya menanam biji-biji buah yang dimakan, sambil dibantu oleh isterinya, Hawa. Selain itu, baginda juga memelihara ternakan-ternakan seperti ayam, kambing dan sebagainya yang ditemui di dalam hutan tersebut.

Begitulah keadaan Adam dan Hawa setiap hari. Mereka bercucuk tanam dan memelihara binatang ternakan sehinggalah mereka menjadi pandai. Hasil tanaman itu dapatlah menampung kehidupan mereka di dalam gua itu.

:: Malaikat pencatat amalan manusia ::

SETELAH Allah SWT menerangkan bahawa antara tanda-tanda kurnia-Nya kepada manusia adalah penciptaannya dalam bentuk yang terbaik. Perkara itu menunjukkan bahawa manusia akan menempuh kehidupan lain selain kehidupan sekarang.

Di sana nanti mereka akan diberi balasan atas segala yang pernah dikerjakan sama ada baik atau buruk. Selanjutnya Allah SWT menjelaskan seseorang tidak akan menolak kebenaran melainkan kerana adanya sikap menentang dan mendustakannya. Perasaan hati membisikkan kebenaran itu dan dalil agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW menguatkannya.

Allah SWT tidak akan membiarkan satu amalan pun daripada amalan hamba-Nya, melainkan Dia akan menghitung dan memelihara untuk diberi balasan. Tugas mencatat segala amalan manusia ini telah diserahkan oleh Allah kepada para malaikat yang dilantik khusus.

Firman Allah SWT: Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! bahkan kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan. Syed Qutb berkata: “Kamu tidak percaya kepada hisab dan balasan. Inilah punca kekeliruan dan kecuaian kamu terhadap Allah. Apabila hati mendustakan hisab dan balasan, maka ia tidak akan berdiri tegak di atas hidayah, kebaikan dan ketaatan. Kadang-kadang hati itu meningkat ke darjat yang tinggi dan luhur lalu ia taatkan Tuhannya dan beribadat kepada-Nya semata-mata kerana cintakan-Nya bukan kerana gentar kepada balasan seksa-Nya dan bukan tamakkan pahala dari-Nya tetapi tetap percaya kepada Hari Balasan dan menaruh perasaan takut kepadanya. Ia menunggu kedatangan hari itu untuk menemui Tuhan yang amat dicintainya. Tetapi apabila manusia tidak mempercayai hari Balasan, ia tidak taat kepada Tuhan-Nya dan hatinya tidak akan tenang selagi tidak mendapat hidayah.”

Firman Allah SWT: Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu. (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu). Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.

Ibnu Kathir berkata: “Dan sesungguhnya pada kalian ada malaikat yang sentiasa menjaga dan mengawasinya. Oleh yang demikian, janganlah kamu membalas mereka dengan perbuatan buruk, dan sesungguhnya mereka akan menulis semua amal perbuatan kamu.”

Al-Maraghi berkata: “Kita tidak diwajibkan untuk mencari Malaikat Hafazah atau mengetahui daripada bahan apa mereka dicipta, bentuk perbuatannya atau cara memelihara dan mencatatnya. Apakah memakai kertas dan pena atau papan tempat menulis amalan atau apakah mereka itu sebangsa roh dengan jelas melihat perbuatan manusia sehingga mengetahui kesan dan tulisan yang terdapat di kertas. Semua itu tidak termasuk dalam kewajipan kita untuk mengetahuinya tetapi yang wajib bagi kita hanyalah beriman kepada kebenaran berita itu dan menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT.”

Firman Allah SWT: (Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah untuk menyatakan siapa yang berbakti dan siapa yang bersalah) kerana sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam syurga yang penuh nikmat.

Ibnu Abbas RA berkata: “Apa yang wujud di dunia ini hanya memiliki kesamaan dari segi nama sahaja dengan apa yang wujud dalam syurga. Di syurga ada delima. Di dunia pun ada delima. Namun kesamaan di antara keduanya hanyalah dari segi nama sahaja. Di syurga ada tumbuh-tumbuhan yang berbau harum. Di dunia pun ada tumbuh-tumbuhan yang berbau harum. Tetapi kesamaan keduanya hanya dari segi namanya sahaja. Di syurga ada kurma. Di dunia pun ada kurma, tetapi tidaklah sama melainkan dari segi namanya sahaja. Oleh yang demikian, tidak dibenarkan menyamakan seratus peratus terhadap apa yang wujud di dunia ini dengan apa yang wujud di dalam syurga. Sebab ia hanyalah perumpamaan semata.”

Sebahagian ulama berpendapat bahawa syurga adalah mata air di mana airnya tenang dan jernih. Sebahagian ulama lain pula berpendapat bahawa ia adalah sungai yang mengalir luas.

Ia mempunyai suara dan mengandungi kebaikan tetapi hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Panjangnya sungai Rasulullah SAW sejauh jarak antara kota Sana’ dengan Baitul Maqdis. Ia mengambil masa satu bulan untuk mengelilinginya. Airnya lebih putih dari susu. Rasanya lebih manis dari madu. Jumlah bejana yang terdapat di sungai itu seperti jumlah bintang-bintang yang bertaburan di langit.

Inilah gambaran sungai di syurga. Namun perlu diingat bahawa dalam syurga terdapat pelbagai sungai. Yang paling mulia sekali dari sungai yang banyak adalah sungai Nabi Muhammad SAW.

Firman Allah SWT: Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang menjulang-julang. Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan. Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.

Selepas Allah SWT menceritakan nikmat syurga, menjadi kelaziman disebutkan pula azab neraka sebagai peringatan kepada yang ingkar dan pelaku maksiat.

Gambaran neraka yang penuh dengan seksaan, azab dan ketakutan yang hebat tidak lain semata-mata memberi kesedaran kepada mereka supaya menjadi hamba Allah yang soleh, bertaqwa dan melakukan segala ketaatan sama ada yang wajib atau sunat semata-mata mengikhlaskan diri kepada Allah SWT.

Kemudian Allah menerangkan berkenaan tentang kedahsyatan serta bencana yang menggerunkan berkenaan dengan hari Kiamat dan hari Pembalasan.

Firman Allah SWT: Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan itu? Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari Pembalasan itu?

Al-Maraghi berkata: “Sungguh ajaib keadaan kamu memandang remeh kedatangan hari Pembalasan itu. Seolah-olah kamu telah mengetahui hakikatnya bagaimana untuk melepaskan diri daripada ketakutan yang akan menimpa kamu. Seandainya kamu mengetahui dengan sebenarnya, pasti hatimu menjadi lembut, kembali kepada Allah SWT dengan jalan taubat, banyak istighfar, meminta ampun dan memohon keampunan terhadap perkara yang telah kamu lakukan.”

Setelah itu Allah SWT menjelaskan hakikat kejadian hari Pembalasan menerusi firman-Nya yang bermaksud: (hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.

Syed Qutub berkata: Allah SWT sahaja yang berkuasa pada hari tersebut di dunia dan akhirat tetapi hanya pada hari Kiamat hakikat kuasa Ilahi yang tunggal tertera dengan sejelas-jelasnya. Kini hakikat tersebut tidak tersembunyi lagi kepada orang yang terpedaya dan tertipu.

:: “Pergilah Ayu” by Fabulous Cat ::

Drama Syah Jihan ni ganti drama Adam Maya yang membawa arus demam Lisa Surihani dan terpesona dengan keletah si comel Mia Sara.

La ni ada pulak drama Syah Jihan, pelakon utama Kamal Adli. Tapi kat sini saya nak share lirik lagu dengan video je, cerita leh tengok kat tv ek.

Sinopsis? sikit je bagi: Jihan (Kamal Adli) jadi Jiman watak pengemis dalam penyamaran dan watak lain dia jadi wartawan. Dia jatuh hati dengan Aisyah (Fauziah Gous) dan terjebak dalam cinta 3 segi bila anak Tuan Haris pun tangkap cintan sama dia..ok dah.

Dalam drama ni ada lagu dari Fabulos Cat  dan saya letak jugak video kalo korang nak tengok:

“Pergilah Ayu” by Fabulous Cat

Kosong hidupku tanpa mu
Cermin ku membayangkan bayanganmu
Pameran kaseh ku layu
Tiada dirimu tiada untukku

Tinggalkanku dalam anganku
Sakitku mencintaimu
Deritaku merinduimu
Lemah hati menginginkanmu

Kau hilang terus kau menyepi
Tawaku bila ku ketahui
Berita kau sudah berpunya
Hancur hatiku
Berkeping-keping jadinya

Hilangku bukan kerana cinta
Hilangku bukan untuk menyeksa
Bagiku semua tiada berharga
Biarku telan semua derita

Pergilah kau pergi dariku
Biarkan ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasehmu
Meski hati merelai

Mati hariku di kotak sepi
Di situ kau mula mahu mengenalinya
Langkahku songsang mula ku sedari
Semula ku hias kau jauh dah pergi

Putus komunikasi kau elakkan diri
Ku mencari jalan kembali kau mahu terus pergi
Ku ingatkan kau memori kau tutupkan telinga
Nyata tiada kita nyata tiada jalan penyambungnya

Ya Allah maha pemurah dan maha pencipta
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata

Dengan kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka ku doakannya
PadaMu ku pohon sucikan hatiku
Sehinga dapat melaksana kehendak dan rencanaMu
Amin

Chorus
Pergilah pergilah ayu
Jangan kau
Hiraukan tentang diriku
Pergi kau pergi kau ayu
Ku anggapkan ini satu tragedi

Kau hapuskan semua yang kita bina
Kau hancurkan harapan ku
Untuk hidup bahagia bersamamu

Berkali kau bersumpah untuk berubah
Tapi janji kosongmu
Tak sudah sudah
Entah sampai bila
Kau lepaskan saja aku

Ulang Chorus

Pergilah kau pergi dariku
Biarkan ku jalani hidup tanpamu
Tiada cinta dan kasehmu
Meski hati merelai

:: JeNis-JeNis siHiR ::

Berikut adalah di antara amalan-amalan yang dilakukan
Oleh tukang-tukang sihir atau pengamal ilmu hitam untuk mendekatkan
diri
mereka kepada syaitan-syaitan jin :

1. Mengikat mashaf al Quran di bawah kedua tapak
kakinya (dijadikan selipar) kemudian di bawa masuk berjalan ke dalam tandas.
2. Menulis ayat-ayat al Quran dengan najis,
kotoran atau darah haid di bawah dua belah seliparnya.
3. Menulis ayat-ayat al Fatihah secara terbalik.
4. Bersolat tanpa berwuduk dan kadang-kadang dalam keadaan berjunub.
5. Melakukan penyembelihan semata-mata kerana syaitan dan tidak menyebut nama Allah ketika meyembelihnya dan hasil sembelihan itu diletakkan di tempat-tempat tertentu sebagai persembahan khusus bagi syaitan
6. Melakukan pemujaan terhadap matahari,bulan atau bintang di langit dan mengabdikan diri hanya objek tersebut dan tidak kepada Allah S.W.T.
7. Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung atau anak perempuannya sendiri.
8. Melumurkan tahi ke seluruh tubuh dan tidak boleh mencucinya selama beberapa hari atau tempuh tertentu.
9. Memuja kuburan dan memanggil ruh ruh
10. Memuja tengkorak mayat orang mati terbunuh atau kanak kanak

Jenis jenis sihir yang biasa kita lihat dan kesannya

1. Sihir memisahkan atau menceraikan perhubungan diantara dua orang atau lebih.
Jabir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
“Sesungguhnya si iblis akan meletakkan singgahsananya ke atas air, lalu mengutus awak- awaknya (untuk dibawanya berja/an-jalan). Lalu dengan sengaja ia akan menghampiri sesebuah rumahtangga terutama yang menghadapi krisis kritikal. Apahila seseorang lain yang datang dengan berkata: ‘Aku telah melakukan begini dan begitu…’ (mendamaikan
kedua pasangan suami isteri tersebut,), maka si iblis akan berkata:
‘Sebenarnya kamu masih belum melakukan apa-apa’. Kernudian apabi/a ada seseorang
lain yang berkata:’Aku tidak akan /epaskan orang itu melainkan aku akan pisahkan dia dengan islerinya’, maka si iblis tadi akan cepat-cepat rnenghampirinya lalu berkata: ‘Ya! Engkaulah orang yang bijak’ “.

Hadis riwayat Muslim.

Sihir Pemisah adalah satu amalan sihir yang sengaja dilakukan untuk memisahkan di antara dua orang atau lebih samaada antara suami isteri, rakan taulan, rakan kongsi dan sebagainya..
Kesan sihir

1. Berubahnya sesuatu keadaan tertentu secara
serta merta seperti rasa kasih sayang kepada kemarahan dan kebencian.
2. Timbul perasaan syak wasangka di antara kedua belah pihak secara tiba tiba
3. Tiada perasaan timbang rasa.
4. Memperbesar-besarkan isu pertikaian walaupun pertikaian yang berlaku hanya meliputi perkara kecil sahaja.
5. Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar rupa bentuk tubuh di antara kedua-dua suami isteri.

Contoh :
suami mendapati rupa paras isterinya sangat hodoh walaupun isterinya seorang yang cantik jelita. Begitu juga sebaliknya. Syaitan telah menukarkan wajah yang cantik kepada wajah yang buruk melalui sihir.Isteri pula pada pandangan matanya melihat wajah suaminya sangat menakutkan atau buruk.

6. Mangsa berasa bosan terhadap aktiviti aktiviti
harian yang dilakukan serta tempat tinggal sendiri. Mangsa akan berasa
senang hati dan gembira jika berada di luar rumah..

Dalam Kitab Tasir Ibnu Kathir (1/144), Al Haafiz ibnu Kathir rahimahullah pernah berpendapat:
1. Tujuan berlakunya sihir bentuk pemisahan ini terhadap pasangan suami isteri ialah untuk memukau mereka agar pandangan mata masing-masing mendapati rupa paras atau sifat kejadian yang dilihat sangat hodoh atau apa-apa sebab lain yang boleh bertindak memecahbelahkan mereka.”

2. Sihir pengasih atau sihir kasih
Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya: “Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat serta sihir
ilmu pengasih adalah syirik”.
Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, lbnu Majah dan al Haakim. Hadis sahih, lihat Sahih
al Albaaniy hadis nombor 331.

Dalam kitab an Nihaayah (1/200), Ibnu al Athiir rahimahullah telah berkata:
“At Tiwaalah ialah sejenis ilmu sihir yang dikenakan supaya bertambah tambah kecintaan si isteri kepada si suami atau sebaliknya. Ia termasuk di dalam perkara- perkara syirik kerana kepercayaan seseorang hanya tertumpu bahawa ia sahajalah yang mampu bertindak balas
terhadap sesuatu yang dihajatkan.
Perbuatan itu betul-betul bertentangan dengan qadar Allah S.WT.”

Bentuk jampi serapah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas adalah jampi serapah yang mengandungi unsur-unsur perkhidmatan jin, syaitan dan seumpamanya. Ia adalah bentuk-bentuk syirik . Jampi jampi yang menggunakan ayat-ayat al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang disyaratkan, maka ia harus digunakan menurut majoriti (ijmak) ulamak.

Terdapat di dalam Sahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: Tidak mengapa melakukan jampi serapah selagi
mana tidak bercampur dengan unsur-unsur syirik”. Riwayat Muslim.

Kesan sihir
1. Bertambahnya rasa kecintaan dan kasih sayang secara mendadak.
2. Keinginan yang memuncak untuk melakukan persetubuhan.
3. Selalu sahaja pelahap, tidak sabar-sabar dan tidak tahan untuk menikmati persetubuhan.
4. Mengikut sahaja apa-apa sahaja pandangan dan
permintaan pasangannya.
5. Suami mentaati perintah si isteri dengan membuta tuli.

3. Sihir Pukauan
Adalah dari jenis sihir yang mampu mengubah pandangan mata seseorang.
Contoh :
1. Sesuatu objek yang asalnya tetap, tetapi tiba-tiba sahaja ianya bergerak-gerak.
2. Sesuatu objek yang asalnya kecil, tiba-tiba bertukar menjadi besar.
3. Diperlihatkan sesuatu yang bukan hakikatnya yang sebenar,contohnya orang ramai di zaman Nabi Musa melihat tali dan tongkat bertukar menjadi ular yang bergerak-gerak.

Tukang sihir akan mempamirkan kepada orang ramai sesuatu benda yang dan dia akan memulakan bacaan mentera, jampi serapah atau apa-apa lagi bacaan syirik bertujuan memanggil syaitan-

4. Sihir Gila
Kharijah bin as Sulti telah meriwayatkan sebuah hadis
dan katanya:
Aku telah pergi menemui Rasulullah S.A.W., untuk
memeluk agama Islam.Setelah selesai aku pun pulang. Di perjalanan aku
telah melalui sebuah perkampungan. Di situ terdapat seorang lelaki yang terkena penyakil gila dengan tubuh badannya telah dirantai. Lalu salah seorang dan keluarganya berkata:
“Sesungguhnya aku telah mendengar berita bahawa sahahat kamu ini telah datang membawa kebaikan. Jadi, adakah sesuatu yang telah anda dapati untuk merawat si malang ini ?”
Lalu aku pun menjampikannya dengan surah al Faatihah.
Dengan izin Allah lelaki tersebut pulih seperti sediakala. Keluarga lelaki itu kemudiannya menghadiahkan kepada aku seratus ekor kambing.
Aku kemudiannya terus pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan segala yang telah berlaku.
Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda:
“Adakah kau (telah menambah dengan apa-apa jampi lain) selain dari (surah al Fatihah) itu ?”
“Tidak!” Jawabku.
Seterusnya Rasulullah S.A.W. bersabda:
Ertinya: “Ambillah kambing-kambing tersebut, demi umurku, (adalah haram sama sekali barangsiapa yang memakan hasil dari) jampi yang batil (tidak betul). Sesungguhnya kamu telah memakan hasil jampi yang hak (benar)”.

Kesan sihir

1. Mangsa menjadi sasau, kebingungan, pelupa dan kadang-kadang tidak sedarkan diri
2. Mangsa selalu meracau-racau dan menjerit jerit
3. Mata mangsa selalu terbeliak dan melilau-lilau.
4. Mangsa tidak tetap kedudukannya di satu-satu tempat.
5. Kerja-kerja yang dilakukan selalu sahaja terbantut atau tidak lengkap.
6. Tidak mengambil berat terhadap satu-satu pandangan penting.
7. Diperingkat yang kritikal, kadang-kadang dia berjalan-jalan dengan tidak diketahui kemana arah tuju dan kadang- kadang tidur ditempat yang terasing.
5. Sihir menyendiri atau keseorangan

Kesan sihir
1. Suka menyendiri (tidak suka di ganggu)
2. Tidak suka melibatkan diri di dalam pergaulan.
3. Bersifat pendiam dan tidak suka berbual.
4. Benci melibatkan diri dalam hal hal kemasyarakatan.
5. Fikiran selalu tidak menentu dan tidak tentu arah.
6. Sentiasa mengalami pening-pening kepala.
7. Selalu mengasingkan diri sendiri.

Tukang sihir akan mengutus seekor jin kepada orang yang disihirnya. Jin itu masuk ke dalam tubuh mangsa dan menggangu di bahagian tak mangsa.Kelakuan mangsa akan mula berubah menjadi seorang yang suka mengasingkan diri.

6. Sihir Histeria
Kesan sihir
1. Mengalami mimpi-mimpi yang mengerikan.
2. Sering bermimpi di dalam tidumya dan ada suara yang selalu memanggil-manggil namanya.
3. Dalam keadaan jaga, kedengaran suara-suara yang bercakap dengannya tetapi orang yang bercakap tidak kelihatan.
4. Mengalami perasaan was-was.
5. Banyak timbul perasaan syak terhadap rakan dan orang orang yang dikasihi.
6. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang amat tinggi dan rasa gayat.
7. Selalu bermimpi binatang-binatang buas datang menerkam dirinya.
8. Pesakit akan ketakutan,meracau racau dan menjerit jerit.

Tukang sihir akan menyuruh jin supaya menggangu mangsa ketika di dalam tidur dan ketika jaga.Jin akan mengacau mimpi mangsa dengan menjelmakan diri sebagai haiwan -haiwan ganas datang menerkam. Dalam keadaan jaga pula, jin akan menyeru atau memanggil manggil mangsa
dengan menggunakan suara-suara orang yang dikenali manga atau tidak
dikenali.
Kemudian suara tersebut beransur-ansur berubah dan hanya kedengaran sayup-sayup sahaja.

7. Sihir Penderitaan sakit
kesan sihir
1. Mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan.
2. Kerapkali diserang penyakit sawan.
3. Mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh badan.
4. Mengalami kelumpuhan keseluruhan anggota badan.
5. Lumpuh semangat dalam melakukan sebarang aktiviti.

Tanda tanda penyakit ini hampir sama dengan penyakit-penyakit anggota badan yang lain. Untuk membezakan di antara keduanya, selepas dibacakan jampi ke atas mangsa atau ketika ayat-ayat jampi diperdengarkan, sekiranya tubuh mangsa mula bertukar menjadi
kebas-kebas, seram sejuk,pening-pening kepala, jejari terketar-ketar atau tubuhnya berubah menjadi pucat lesi, maka sahlah si mangsa terkena sihir. Jika tidak ada gejala-gejala sedemikian sakit-sakit badan yang dialami ialah sakit biasa yang memerlukan rawatan pakar-pakar perubatan lain atau doktor.

8. Sihir Pendarahan (Istihaadah)
Kesan sihir;
Sihir berlaku kepada gulongan wanita sahaja. Tukang
sihir menyuruh khadam jinnya pergi kepada perempuan yang hendak di
sihirnya.Jin bertugas menolak keluar darah dari badan mangsa. Sebaik sahaja jin itu masuk ke dalam jasad mangsa, ia akan bergerak pantas di segenap penjuru jasad melalui saluran -saluran (urat-urat) darah.

Apabila sampai ke saluran darah di bahagian penting wanita yang dikenali sebagai faraj (rahim), jin terus menolak keluar darah dengan sekuat -kuatnya. Darah terus mengalir keluar melalui saluran-saluran darah dan bahagian penting tersebut tidak henti henti.

Rasulullah S.A.W. pernah di tanya oleh seorang wamta yang bemama Hamnah binti Jahsy berhubung darah Istihadah, lalu baginda S.A.W. pun menjawab:
“Sesungguhnya darah itu adalah hasil tolakan dari tolakan-tolakan yang dilakukan oleh syaitan”
Riwayat al Tarmiziy, menurutnya hadis ini hasan sahih.Menurut al Bukhan hadis ini martabatnya hasan.

Dalam satu riwayat yang lain pula ada menyebut, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
“Darah itu sebenarnya (darah) urat bukannya darah haid”
Riwayat Imam Abmad, an Nasaaie dengan sanad yang baik.

Ulamak-ulamak feqah menamakan darah tersebut sebagai darah istihaadah. Para doktor menamakannya sebagai pendarahan.

Dalam an Nihaayah (m/s:469),Ibnu Al Athir telah berkata:

“Darah istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana kebiasaannya.”
Kadang-kadang penyakit pendarahan ini berlaku selama lebih kurang sebulan. Kadar darah yang keluar tidak menentu, adakalanya sedikit dan adakalanya pula banyak.

9. Sihir gagal perkahwinan
Kesan sihir
Seseorang yang mempunyai sifat dengki akan pergi meminta khidmat tukang-tukang sihir supaya menggagalkan atau mengganggu perkahwinan gadis tertentu, yang bakal berlangsung
perkahwinannya. Sebelum memulakan sihir, tukang sihir akan meminta orang yang mendengki tersebut nama mangsa dan nama ibunya serta apa-apa kesan bau dari tubuh badan mangsa.Jin disuruh pergi kepada mangsa untuk melakukan pengkhianatan.

Jin menunggu satu masa yang sesuai untuk membolos masuk ke dalam jasad mangsa.
Keadaan masa yang dimaksudkan adalah

a)Ketika mangsa di dalam ketakutan.
b)Ketika mangsa kemarahan.
c)Ketika mangsa lupa.
d)Ketika nafsu syahwat si mangsa memuncak tinggi.

Terdapat dua keadaan yang akan dilakukan oleh jin:
1. Jika berjaya masuk ke dalam jasad wanita, dia akan menjadikan wanita itu merasa jemu dan benci untuk berkahwin dan segala pinangan yang datang ditolak.
2. Jika tidak berjaya masuk ke dalam jasad, jin melakukan sihir pukauan. Ia akan memukau pandangan mata seseorang lelaki sehingga menyebabkan perempuan yang dilihatnya
berwajah hodoh dan timbul rasa was-was terhadap apa yang sedang
dilihat.Perkara ini juga turut dilakukan kepada pihak perempuan (mangsa).

9. Sihir mati pucuk
Kesan sihir
Syaitan-syaitan jin masuk ke dalam jasad seseorang lelaki dan segera menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak. Di situ ia akan bertindak sebagai pengacau di salah satu bahagian utama yang terdapat di dalam otak tersebut yang dikenali sebagai Pusat Ransangan Seks.
Dipusat itulah segala isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota
kelamin seseorang lelaki iaitu zakar.
Apabila suami cuba menggadakan hubungan seks dengan isterinya dengan serta merta syaitan jin akan mematikan suis ransangan Seks yang berpusat di otak itu . Apabila suis dimatikan, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan segera terpadam dan
terputus hubungannya dengan zakar. Darah yang sedang berkumpul di dalam zakar segera kembali semula ke pusat masing-masing.
Akhirnya, batang zakar yang pada asalnya menegang keras serta merta terkulai layu, lembik dan mengecut kembali.

10. Sihir mandul
Kesan sihir
Mandul yang dihidapi oleh wanita dan lelaki terbahagi kepada dua :
1. Mandul Anggota Kelamin, Mandul jenis ini perlu mendapatkan rawatan doktor sekiranya ada keupayaan.
2. Mandul Kerana Sihir, Berlaku apabila jin berjaya masuk ke dalam jasad seseorang dan menggangu fungsi anggota kelamin. Rawatan terhadap mandul jenis ini adalah dengan Al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang thabit dari Rasulullah S.A.W.Demikian juga yang dilakukan oleh syaitan jin kepada Kaum wanita. Ia akan mengganggu sistem peranakan dan proses persenyawaan di dalam bahagian Rahim seseorang wanita. Apabila proses persenyawaan telah berjaya, maka kehamilan akan berlaku pada wanita.
Namun begitu selepas beberapa bulan mengandung syaitan jin akan berusaha sedaya upaya memusnahkannya, seterusnya menolak keluar kandungan tersebut. Pendarahan mula berlaku dan meleleh keluar dari rahim wanita, akhirnya membawa kepada keguguran.Didalam riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. ada menerangkan bahawa syaitan itu sememangnya mampu bergerak pantas di dalam tubuh badan anak-anak Adam itu melalui saluran saluran darah.